Thursday 1 September 2011

Elak kulit kering

1.SINAR MATAHARI
   Masalah:
      Bahang matahari antara punca yang menyebabkan air tersejat dari permukaan kulit. Sinarannya pula menggalakkan penghapusan molekul oksigen yang mana ia mempercepatkan proses penuaan. Boleh dikatakan 80 peratus daripada proses penuaan ini disebabkan oleh cahaya matahari.
 Penyelesaian:
      Jika anda memiliki kulit jenis normal kering sebaiknya lindunginya daripada matahari.Gunakan krim pelindung matahari yang mengandungi vitamin A, C dan E yang mana telah dibuktikan dapat memperlahankan proses penghapusan molekul oksigen atau proses penuaan itu tadi. Krim atau losen pelindung matahari pula menjalankan fungsinya sebagai melindungi kulit daripada bahan kimia yang berbahaya. Sebaliknya jika anda mempunyai kulit yang tidak begitu kering dan hanya terdedah pada cahaya matahari yang sederhana memadai dengan aplikasi minyak jojoba yang mempunyai agen pelindung matahari sehingga 10 kali.
2.MEROKOK
Masalah :
   Merokok akan menyebabkan kulit berkedut.Ia menipiskan kulit sehingga 40 peratus langsung menyebabkan air mudah tersejat keluar. Kerosakan lain adalah disebabkan bahan-bahan kimia dalam rokok itu sendiri mempercepatkan proses penuaan. Asap rokok akan memusnahkan vitamin C yang diperlukan dalam pembentukan kolagen.Merokok juga boleh menyebabkan kapilari darah yang membawa keperluan pada kulit semakin mengecil, mengurangkan nutrisi dan oksigen dalam tubuh. Merokok juga menyebabkan anda kelihatan 15 tahun lebih tua dari usia sebenar.

Penyelesaian:
    Langkah terbaik adalah berhenti daripada merokok.Sememang itu bukan kerja mudah, tetapi banyak kesan positif yang akan anda peroleh daripada tidak merokok.

3.PENYAMAN UDARA
Masalah :
   Tahukah anda bahawa penyaman udara bukan sahaja menyejukkan keadaan persekitaran.Sebaliknya ia juga menyebabkan kelembapan udara berkurangan.




Penyelesaian:
    Anda boleh gunakan kipas ketika di rumah. Jika di pejabat anda menggunakan penyaman udara adalah lebih baik anda menggunakan krim atau losen pelembap yang dapat mengawal kelembapan dan tidak membiarkan kulit kering.


4.PENGAMBILAN ALKOHOL BERLEBIHAN
Masalah :
   Alkohol mengeringkan kulit muka dan ia menyebabkan kehilangan air dengan pantas. Sel darah merah yang berkumpul menyebabkan kapilari darah bercantum antara satu sama lain langsung menyebabkan terpecah dan memasuki pembuluh darah. Alkohol mempercepatkan proses penuaan kerana ia memusnahkan oksigen dan vitamin C.
Penyelesaian :
    Elakkan pengambilan alkohol.

5. DIET
Masalah :
    Kesalahan yang paling ketara dalam proses menurunkan berat badan adalah untuk menghapuskan lemak secara keseluruhan sedangkan kulit masih memerlukan asid lemak untuk mengekalkan kelembapannya. Diet mendadak ini menyebabkan otot-otot gagal menjalankan fungsi dengan baik dan diet yoyo ini menyebabkan masalah kehilangan air secara mendadak dan menjadikan kulit anda mudah berkedut dalam jangka masa panjang.
Penyelesaian :
    Jika anda sedang berusaha menguruskan badan, cubalah amalkan diet yang seimbang dengan keperluan tubuh anda.Jangan lupa ambil kekacang, bijirin dan minyak ikan. Cubalah tetapkan sasaran logik yang boleh diterima badan anda. Bukannya memaksa diri secara berlebihan.

6.MENAIKI PESAWAT
Masalah:
    Udara yang berputar dalam kabin yang tertutup menyebabkan kawasan itu kering. Yang mana hanya 2 peratus sahaja kelembapan yang ada di dalamnya. Walaupun perjalanan anda tidak sampai satu jam, ia akan menyebabkan kulit anda mudah kering.
Penyelesaian :
   Minum air sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Elakkan pengambilan alkohol. Jika melibatkan penerbangan jarak jauh,sembur wajah anda dengan air sejam sekali.Boleh cuba semburan air yang mengandungi vitamin C.

No comments:

Post a Comment